Muffin Kukus Rasa Sedap

Muffin ini adalah modifikasi Muffin bakar yang pernah saya buat. Jika muffin dimasak dengan cara di panggang maka versi kali ini saya kukus, hasilnya ternyata cantik dan rasanya pun sedap dan lembut.

Bahan- bahan:

  1. 100 gram gula pasir
  2. 1 Butir telur
  3. 75 gram margarine cair
  4. 1/2 sudu makan baking powder
  5. 1/2 sudu makan soda kue
  6. 100 gram tepung gandum
  7. 100 ml susu cair
  8. Vanilla serbuk secukup rasa
  9. 2 sudu makan serbuk coklat


Cara membuat:

  • Mixer gula dan telur sampai kembang
  • Campur tepung gandum, coklat serbuk, baking powder, dan soda kueh. Aduk rata, sisihkan.
  • Masukkan susu cair dan campuran tepung terigu secara bergantian sambil dikacau secara perlahan.
  • Tuang margarin leleh, kacau perlahan.
  • Tuang adonan ke dalam cetakan muffin yang telah dialas kertas cup hingga penuh.
  • Kukus dalam panci kukusan selama 30 menit dengan api besar hingga masak.
  • Angkat, keluarkan dari cetakan.
Selamat mencoba..

Posting Komentar

0 Komentar