Kueh Lapis Beras Pelangi


Kue lapis adalah jenis kuih tradisional yang banyak disukai. Rasanya manis, kenyal dan biasanya dibuat dengan aneka warna. Ingin tahu cara membuat kuih lapis beras yang kenyal? lihat resepi di bawah ini.
Bahan- bahan:



  1. 1 liter santan cair
  2. 350 gram tepung beras
  3. 300 gram gula pasir
  4. 1 sudu minyak pisang
  5. 1 sudu teh garam
  6. 3 sudu makan susu pekat
  7. Pewarna makanan: Merah, kuning, hijau dan biru


Cara Membuat:

  • Panaskan santan, gula dan garam dalam panci, jangan sampai mendidih, cukup bahan- bahan ini menjadi sebati (menyatu) saja
  • Pindahkan santan tersebut dalam mangkuk besar, masukkan tepung beras dan minyak pisang ke dalamnya, kacau menjadi sebati
  • Bahagikan adunan itu menjadi 4 mangkuk, beri 4 warna yang berbeza.
  • Kukus adunan itu, lapisan pertama adalah warna merah dalm 3 lapis
  • Lapisan kedua adalah warna kuning, kemudian diteruskan warna hijau dibuat 3 lapisan juga, akhir sekali adalah warna biru dalam 3 lapis.
  • Kukus lapisan terakhir dalam masa 5 menit
  • Bila dah masak, angkat dan biarkan menjadi sejuk



Posting Komentar

0 Komentar