BLACK dan WHITE BUTTER CUPCAKE

Apa yang menarik dari cupcake? ukurannya yang mini, kecil tapi boleh untuk mengisi perut dan toppingnya yang selalu membuat kita terpikat. Tapi kali ini saya membuat cupcake yang sederhana, tapi rasanya lezat dengan cokelat. Membuatnya pun senang sahaja, sangat sesuai untuk sajia  keluarga.



Bahan- bahan:
  1. 150 gram mentega
  2. 145 gram gula kastor
  3. 2 biji telur
  4. 1/2 serbuk vanilla
  5. 160 tepung gandum
  6. 2 sudu makan susu pekat
  7. 1/2 sudu teh baking powder
  8. Secubit bikarbonat
  9. 1/2 sudu teh pasta cokelat
  10. 1 susu makan serbuk koko
  11. Cokelat chip secukupnya

Cara Membuat:

  • Ayak tepung bersama baking powder dan bikarbonat, ketepikan
  • Mix butter dan gula hingga putih gebu. Masukkan telur sebiji- sebiji diikuti dengan vanilla. Masukkan susu berselang seling dengan tepung. Adun perlahan. Berhenti setelah sebati..jangan terlalu lama di mixer.
  • Bahagikan kepada dua bagian, yang satu bagian masukkan koko dan pasta cokelat.
  • Siapkan papercup dalam loyang muffin
  • Condongkan atau sengetkan kedudukan loyang ketika mengisi denngan sudu supaya rapi. Masukkan setengah bahagian dengan cokelat dan setengah bahagian dengan adonan putih
  • Tabur coklat chip. Hentakkan loyang pada permukaan meja 3-4 kali
  • Bakar suhu 180 20-25 minit atau bergantung pada oven masing

Posting Komentar

0 Komentar