Sotong Kari Isi Pulut

Di wilayah Kepulauan Melayu lain masakan ini biasa disebut Sotong Sumbat Pulut atau Ketupat Sotong. Sedangkan di Kalimantan Barat masakan ini dinamakan Sotong Isi Pulut. Dipadukan dengan bumbu kari buatan sendiri, sehinga menjadikannya sangat sedap.

Bahan- bahan:
  • 1/2 kg sotong ukuran sedang
  • 200 gram beras pulut
  • 200 ml santan kelapa
  • Penyedap rasa: garam dan gula
Bumbu dihaluskan:
  • 2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh das manis
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 buah kapulaga
  • Sejemput jintan
  • Sejemput lada hitam 2 buah cengkeh
  • 6 biji cabai kering
  • 2 siung bawang putih
  • 6 siung bawang merah
  • air secukupnya
Cara memasak:
  1. Haluskan semua bumbu
  2. Bersihkan sotong buang kotoran hitam, ambil badannya saja
  3. Masak beras pulut
  4. Maskkan beras pulut yang masak ke dalam badan sotong, sematkan dengan lidi supaya nasi tidak keluar
  5. Tumis bumbu, masukkan sotong pabila bumbu berbau harum
  6. Masukkan santan kelapa
  7. Biarkan agak mengering dan mengental
Masakan Kari Sotong Isi Pulut sudah siap.

Posting Komentar

0 Komentar