Resepi Lupis Boyan

Resepi Lopes Boyan
Bahan-bahan:
  1. 300 g tepung beras
  2. 1.3 ltr air
  3. 6 helai daun pandan(tumbuk dan ambil airnya)
  4. 1 sb air kapur
  5. garam secukup rasa
  6. 1/2 sk pewarna hijau

SIRAP GULA MELAKA :
  1. 500 g gula melaka*
  2. 200 ml air*
  3. 2 helai daun pandan* disimpul - (masak bahan sirap*,tapis dan sejukkan)
  4. 4-5 helai daun pisang berukuran 40cmx30cm - bersihkan dan dilayukan
  5. 1 biji kelapa parut putih dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan hiris
  6. tali rafia secukupnya
Cara-caranya:-


  • Satukan tepung beras,air,air pandan,kapur dan pewarna hijau di dalam kuali atau periuk besar dan kacau rata.
  • Masak hingga pekat di atas api sederhana dan hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak bergentel.Matikan api dan biar adunan agak- agak suam atau sejuk terus.
  • Panaskan kukusan.Ambil secukup adunan dan bubuhkan di atas sekeping daun pisang.Gulung daun pisang berisi adunan agar ia berbentuk seperti lontong daun.Pastikan gulungannya rapi kemudian ikat kemas2 menggunakan tali rafiah.
  • Kukus adunan yang telah dibungkus selama 30 min.Sejukkan kuih.
  • Potong kuih bulat2 dengan menggunakan benang atau pisau plastik.
  • Sajikan kuih lompang bawean bersama kelapa parut dan sirap gula melaka.

Posting Komentar

0 Komentar