Resepi Apam Nasi

Bahan- bahan untuk membuat Apam nasi:


  1. 2 cawan nasi sejuk
  2. 1 1/2 cawan gula
  3. 2 cawan air
  4. 1 cawan tepung gamdum
  5. 3 cawan tepung beras
  6. 1sdb mauripan

Cara membuat:

  1. Blender semua bahan: nasi sejuk, gula dan air
  2. Dalam bekas yang besar Campurkan semua bahan dan kacau hingga sekata perap kan bertutup selama 2 jam..
  3. Panas kan kukusan hingga benar2 mendidih.
  4. Selepas 2 jam kacau sekali lagi utk mengeluar kan gas dan angin..
  5. Bahagi pada beberapa bahagian yg di sukai dan diwarna kan atau biar kan putih sahaja...
  6. Masukkan hampir penuh dalam acuan yang di sukai dan kukus selama  20 minit dgn api sederhana...
  7. Biar kan sejuk baru di keluar kan dari acuan..
  8. Makan bersama kelapa parut bergaram yang di kukus sebentar ..


Tips: jangan ulang guna acuan yang masih panas untuk kukusan yang kedua.

Selamat mencuba..

Posting Komentar

0 Komentar