BUBUR ASYURA dari Masjid Al Amin Shah Alam

BUBUR ASYURA dari Masjid Al Amin Shah Alam

  1. 250 gm beras
  2. 2 liter air
  3. 1 ekor ayam
  4. 300 gm daging lembu
  5. 80 gm kacang hijau
  6. 80 gm kacang merah
  7. 80 gm kacang ‘kidney beans’ putih
  8. 250 gm keledek
  9. 3 sudu besar gula pasir
  10. garam secukupnya
  11. 1-2 sudu kecil serbuk lada sulah
  12. 250 gm tepung beras
  13. 2.5 liter santan (drpd 2 biji kelapa)


Bahan Rempah

  1. 5 sm kulit kayu manis
  2. 1 kuntum bunga lawang
  3. 4 sudu besar ketumbar
  4. 3 sudu besar jintan manis
  5. 2 sudu besar jintan putih


Cara membuatnya
• Potong ayam anggaran 16 keping. Asingkan leher, kepak dan rusuknya (kerana banyak tulang). Hiris daging kira-kira 3 sm kiub.
• Rebus kacang hijau, kacang merah dan kacang putih berasingan hingga empuk.
• Kupas keledek, potong kiub 2 sm dan rebus hingga empuk.
• Tanak beras dengan air, ayam dan daging di atas api sederhana hingga kembang menjadi bubur. (Jika suka, boleh asingkan tulang ayam pada peringkat ini).
• Sangai semua rempah hingga wangi kemudian kisar hingga halus. Masukkan ke dalam bubur.
• Campurkan santan, tepung beras, gula dan garam. Kacau di atas api perlahan hingga mulai pekat. Masukkan serbuk lada sulah.
• Bubuh semua bahan lain dan kacau lagi hingga kental. Adunan hendak berkilat dan tidak melekat bila disentuh dengan jari. Ratakan di dalam tin atau loyang yang dilengser sedikit minyak.
• Biar sejuk sebelum dihiris ikut suka.

Posting Komentar

0 Komentar