Tumis- tumis Sayur Bayam

Bahan- bahan:

  1. 1-2 ikat sayur bayam
  2. 3 siung bawang putih 
  3. 3 siung bawang merah
  4. 1/2 cawan udang segar(size kecil atau sedang)
  5. 1 biji cabai merah - dipotong serong
  6. 1 cawan air
  7. Garam secukup rasa
  8. Ajinomoto (boleh diganti gula)
  9. 1 sudu besar minyak masak

Cara- cara:

  • Sayur bayam disiang sesuai selera masing- masing, dibasuh bersih- bersih dengan air mengalir dan kemudian didiamkan saring airnya.
  • Tumbuk lumat bawang merah dan putih
  • Panaskan minyak masak dalam kuali
  • Tumiskan bahan- bahan yang ditumbuk bersama udang segar dan cabai merah yg dimyang nipis tadi.. 
  • Tumis hingga naik baunya keluar
  • sesudah itu masukkan air. Kencangkan api, supaya api lekas mendidih atau panci ditutup
  • baru masukkan bayam begitu air mendidih
  • Masukkan garam dan penyedap rasa Ajinomoto
  • Angkat bayam, jangan sampai lecur. Hidangkan

Posting Komentar

0 Komentar