Kaswi Labu

Bahan A

  1. 500 gm isi labu yang dah dikukus & dilecek halus
  2. Bahan B
  3. 500 gm gula pasir
  4. 500 ml santan
  5. 3 helai daun pandan
  6. Satukan bahan2 ini dan masak hingga gula larut. Ketepikan.

Bahan C

  1. 700 ml air
  2. 300 gm tepung sagu / tepung kanji
  3. 150 gm tepung gandum
  4. 50 gm tepung jagung
  5. 1 sudu teh kapur sirih
  6. 1 sudu teh pewarna kuning
  7. 1/2 sudu teh garam

Cara Memasak

  • Didihkan air dalam kukusan.
  • Satukan kesemua bahan C dan kacau rata. Masukkan adunan B ke dalam adunan C. Kacau rata dan tapis.
  • Masukkan labu (A) yang telah yang telah dilecek halus & kacau rata.
  • Masak hingga naik wap sahaja.
  • Tuangkan ke dalam loyang 11 inci persegi.
  • Kukus selama 1/2 jam dengan api sederhana hingga masak.
  • Sejukkan dulu sebelum dipotong. Sajikan dengan kelapa parut.
**Boleh juga guna acuan kuih lompang. Acuan perlu disapu minyak.
Resepi ini dari Ainon Madon
SELAMAT MENCUBA

Posting Komentar

0 Komentar