Sizzling Yee Mee Resepi



Bahan - bahan:

  1. 9 ulas bawang putih ( ketuk atau hiris) 
  2. 2-3 inci halia ( hiris nipis) 
  3. 5-6 tangkai Cili kering ( potong 2 atau 3)
  4. sebelah dada ayam 
  5. sebungkus cendawan shitake 
  6. 3 -4 sb sos tiram 
  7. 3-4 sudu makan kicap pekat
  8. 2-3 sudu besar kicap cair 
  9. serbuk lada hitam 
  10. sesudu kecil minyak bijan 
  11. 4-5 cawan air (ikut selera) 
  12. 3-4 sudu besar tepung jagung untuk pemekat ( harus di bancuh dengan air)
  13. sayur sawi 
  14. Yyee mee 



Cara- cara:

  • Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga bewarna kekuningan 
  • Masukkan ayam & cendawan sertakan air, biarkan sebentar dan tunggu ayam masak. 
  • Masukkan semua perasa (kicap, sos tiram,lada hitam) dan kacau rata.
  • Masukkan minyak bijan & tutup seketika.
  • Pastikan cendawan dan ayam bebar- benar masak barulah masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  • Seimbangkan rasa dan matikan api.


Penyediaan di Hot plate:

  • Masukkan mee atas hot plate, letakkan sayur di atasnya, kemudian curahkan kuahnya sesenduk di atas mee tersebut. 
  • Pecahkan telur jika mahu, dan teruskan mencurahkan kuah beserta lauk dan cendawan secukupnya.
  • Kacau kacau mee untuk serasakan kelembutannya kalau takda hot plate. boleh je satukan. masukkan yee mee bersama kuah dalam kuali.

Posting Komentar

0 Komentar