Sambal Hitam Pahang Recipe

Bahan- bahan:
  1. ½ cawan belimbing buluh yang sudah rebus (cara merebusnya ada tulis di bawah)
  2. ½ cawan cili padi (ikut selera pedas masing- masing, kalau suka pedas boleh lebihkan)
  3. 2 cawan ikan bilis yang telah dibelah dua
  4. 6 ulas bawang merah (3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis)
  5. Garam & gula secukup rasa
  6. Pak aji
  7. 1 cawan minyak masak
Cara- cara:
  • Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing- masing. Belimbing rebus ini boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak- banyak dan simpan stok. Saya biasa buat banyak juga rasanya lebih dari 3 kg belimbing buluh segar. Belimbing hendaklah dicuci bersih. Masukkan ke dalam periuk tanpa air, bubuhkan garam kasar sikit,dan renih dengan menggunakan api yang paling perlahan. Biarkan sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri dan kecut. Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit. Biarkan sehingga belimbing mengecut dan jusnya betul- betul kering dengan api yang paling perlahan sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap. PERHATIAN: jika nak guna untuk buat sekali sahaja sambal ini, memadai hanya rebus anggaran 20 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja. Tujuan merebus belimbing sehingga betul- betul kering dan gelap adalah untuk tujuan simpanan.
  • Tumbuk cili padi sehingga halus. Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis) Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
  • Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan bahan- bahan tumbuk sekaligus dan tumislah sehingga bahan- bahan tersebut sehingga nampak agak kering dan garing (agak lama juga). Api perlahan..Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu). Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang. Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.
  • Sambal ini boleh disimpan lama dan boleh buat banyak- banyak untuk simpan stok. Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati. Sedap yang teramat. Dengan telur mata kerbau buh kicap saja pun sedap.

Posting Komentar

0 Komentar