Resepi Ringkas Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan-bahan

  1. 1 ekor ikan patin buah, dipotong ikut suka hati.
  2. 400gm tempoyak, dikisar.
  3. 10 biji cili padi,  dikisar
  4. 2 ruas jari kunyit hidup
  5. 20 helai daun kesum
  6. 1 helai daun kunyit, dicarik
  7. 500 ml air
  8. Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak

  • Masukkan tempoyak bersama bahan kisar, daun kesum, daun kunyit dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  • Setelah itu, masukkan ikan patin dan kacau rata.
  • Akhir sekali, masukkan gula dan garam secukup rasa.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Posting Komentar

0 Komentar