Resepi Mee Koew Teow Goreng Basah Lazat

Bahan-bahan:
  1. 400 gram Koew Teow
  2. 50 gram Taugeh/ Kecambah
  3. 50 gram Daun kucai
  4. 2 tbs Cili Kisar (hendak tambah pedas boleh kisarkan bersama cili padi)
  5. 100 gram Udang sederhana (kupas kulit boleh tak pun boleh)
  6. 3 ulas Bawang putih ( dikisar )
  7. 40 gram Isi Kerang
  8. 4 biji Fish Ball
  9. 50 gram Sos Ikan
  10. 50 gram SosTiram
  11. 50 gram Kicap Pekat
  12. 50 gram Gula batu
  13. Sedikit Air
  14. 1 biji Telur Ayam
Cara- caranya:
  • Buat campuran sos, Gula batu, Kicap pekat, sos tiram dan sos ikan, masak sekali sehingga sebati.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis udang dahulu (tujuan untuk keluarkan air udang)
  • Masukkan Bawang putih yang di kisar dan cili kisar. masak sehingga naik bau.
  • Masukkan semua campuran sos dan fish ball.
  • Masukkan keow teow, kacau rata masukkan sedikit air dan pecahkan telur, gaul rata masukkan kerang, tauge dan daun kucai, kuatkan api sekejap, dan boleh di hidangkan, hias dengan bawang goreng & hirisan daun sup dan bawang
  • (ikutkan hidangan ala cina char keow teow tidak laa terlalu berkuah macam kita jumpe kat kedai, maksud char keow teow adalah keow teow goreng basah)

Posting Komentar

0 Komentar