Resepi Kuih Nona Manis

Bahan A

  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan santan ita guna santan KARA ~ campur air sikit jadikan 1 cawan
  • 1 cawan tepung gandum

Pukul telur hingga kembang.
Ita masukkan telur dalam blender sahaja dan putar
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata.
Bila dah siap ketepikan

Bahan B

  • 1/2 cawan santan pekat ~ ita guna KARA
  • 1/2 cawan air pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • sedikit pewarna hijau apple
  • sedikit emalco pandan (optional)

Ambil 5 helai daun pandan yang sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
Satukan air pandan dan santan
Kemudan campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan ( optional ) dan sedikit pewarna hijau apple jika warna hijau pandan kurang menyerlah.
Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat

* Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih

Bahan C

  • 1 cawan santan pekat ~ ita guna 1 kotak santan KARA campur sedikit air untuk dapatkan 1 cawan
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar gula ~ yang ni ita tak letak
  • 1/2 sudu teh garam

Cara membuatnya:

  1. Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat
  2. Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )
  3. Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
  4. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
  5. Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
  6. Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
  7. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
  8. Susun dalam kukusan
  9. Kukus selama 7 ~ 10 minit
  10. Angkat dan biarkan sejuk sebelum di kluarkan
  11. Sedia di hidangkan untuk minum petang anda.

Posting Komentar

0 Komentar