Resepi Kek Marble cheese

Bahan- bahan:

  1. 3 biji telur gred A
  2. 1 cawan gula
  3. 1 cawan minyak
  4. 2 cawan tepung gandum
  5. 1 sudu makan baking powder
  6. 2 sudu besar susu pekat manis
  7. 1 sudu teh esen vanila
  8. 1 sudu makan serbuk koko (cairkan dengan 2 sudu air panas)
  9. Ceddar cheese

Cara- cara:

  • Blend telur, gula, minyak, esen vanila.
  • Ayak tepung bersama baking powder.
  • Tuang bahan yang telah diblend ke dalam mangkuk dan sebatikan dengan tepung gandum menggunakan pemukul telur.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan campurkan sebahagian adunan dengan serbuk koko yang telah dicairkan tadi.
  • Tuangkan adunan berselang-seling ke dalam inner pot yg telah disapu dengan planta atau minyak masak. Corakkan ikut kesukaan menggunakan lidi/ chop stick.
  • Tutup pc, halakan tombol pada titik steam dan tekan steam 25 minit.
  • Setelah siap, keluarkan kek dari inner dan parutkan cheese ke atas kek.

Posting Komentar

0 Komentar