Resepi Kek Lapis Polkadot

Bahan-bahannya:
  1. Biskut marie 2 cawan yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
  2. Telur A (sejuk) 4 biji
  3. Gula kastor 180 g  (boleh juga tambah jika suka manis)
  4. Susu pekat manis 4 sb
  5. Ovalette 1 sb
  6. Horlicks 2 sb (boleh guna produk lain)
  7. Susu segar 125 ml (sejuk)
  8. Esen vanilla 1 sk
  9. Minyak jagung 80 ml
  10. Baking powder 1sd teh (resepi asal tak de ,ayak sekali dengan biskut marie)
  11. Sedikit pewarna /perasa coklat emulco
  12. Biskut jejari (resepi asal asam manis)
Cara-caranya:
  • Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
  • Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, biskut jejari dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
  • Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
  • Bahagikan kepada empat bahagian (2 bhg warna asal , 1 bahagian + 1 sd teh koko emulco ,1 bhg lagi +1/3 sd teh coklat emulco).
  • Tuangkan lapisan pertama (warna asal) ke dalam loyang . Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 7-10 minit).
  • Susunkan biskut jejari diatasnya dan tuangkan adunan coklat terang keatasnya dan kukus.
  • Bila lapisan kedua masak , susunkan lg biskut jejari dan masukkkan lapisan ketiga iaitu warna coklat yg kurang terang tu..
  • Untuk lapisan terakhir(warna asal),titiskan beberapa titis coklat emulco dan lorekkkan dgn lidi. Kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala).
  • Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong.

Posting Komentar

0 Komentar