Kuih Sagu Hijau

Bahan-bahan:

  • 400 ml air
  • 200 gm gula putih
  • sehelai daun pandan
  • 300 gm sagu halus
  • kelapa putih
  • garam secukup rasa


Cara-Cara:

  1. Sagu direndam terlebih dahulu supaya kembang.
  2. Masak hingga mendidih gula bersama air dan daun pandan.
  3. Masukkan sagu sambil dikacau perlahan-lahan.
  4. Masukkan pewarna yang disukai..
  5. Apabila sagu dah masak, barulah dituangkan ke dalam loyang.
  6. Kukus selama 30 minit.
  7. Angkat dan sejukkan.
  8. Potong dan salutkan dengan kelapa parut muda serta digaul dengan sedikit garam.

Posting Komentar

0 Komentar