Daging Goreng Sos Tiram

Bahan- bahan:

  1. Daging 300g dihiris nipis tapi besar sikit...
  2. Kacang buncis
  3. Brokoli
  4. Bunga kobis
  5. Tomato
  6. Cili potong
  7. Bawang putih
  8. Halia
  9. Sos tiram

Cara Memasak :
Sayur dicelur dalam air panas campur minyak sesudu...
Jangan terlalu lama. Sesudah itu, angkat dan masukkan dalam air sejuk untuk menghidarkan terlalu lecur.

Kemudian masukkan minyak sikit, gorengkan bawang putih dan halia, masukkan sos tiram secukupnya.
Masukkan daging dan goreng hingga empuk. Kemudian, masukan sayur, balik balikkan. Matikan api...hidangkan panas- panas lebih sedap.

Posting Komentar

0 Komentar