Resepi Agar-Agar Sago

Bahan-bahan :
  1. 650ml air
  2. 1/2 cawan gula
  3. 1 paket serbuk agar-agar (10g / 11g)
  4. 250ml santan kotak
  5. 1/2 sudu kecil garam
  6. 2/3 cawan sago
  7. 3 pewarna atau perasa pilihan
Cara-cara :
  • Masak sago hingga jernih. Kemudian tuang kedalam tapis & cuci untuk buang kanji. Ketepikan.
  • Masak agar-agar, gula & air hingga mendidih.
  • Kecilkan api, masuk kan santan & garam. Gaul rata hingga mendidih kecil. Matikan api.
  • Masuk kan sago & kacau rata & pastikan tidak bergumpal.
  • Bahagikan agar-agar kepada 3 bahagian. Bubuh pewarna atau perasa berasingan & gaul rata.
  • Tuang bahagian pertama kedalam acuan kemudian masuk kan kedalam freezer 5 - 8 minit supaya agar-agar mengeras sedikit.
  • Kemudian tuang bahagian kedua & masuk lagi dalam freezer 5 - 8 minit.
  • Setelah bahagian akhir dituang, biarkan agak sejuk sedikit sebelum di masuk kan kedalam peti sejuk.

Posting Komentar

0 Komentar